Sensasi Universiti MIRSB

Posted in sensasi universiti MIRSB with tags on June 1, 2008 by lemonzzz

Cerita yang cukup bagus sekali untuk mencipta rekod penubuhan universiti MIRSB. Memang cukup menarik perhatian ramai orang. Boleh dinamakan juga sebagai UNIVERSITI JUTAWAN MIRSB. Sesiapa sahaja yang mahu menjadi jutawan boleh sahaja ke menara daging UNIVERSITI JUTAWAN MIRSB.

Dengan membuat sewaan tanah siber dalam dunia internet sahaja anda boleh menjadi jutawan setiap bulan, malahan ia akan menjadi berlipat kali ganda lagi jika UNIVERSITI JUTAWAN MIRSB ini dilebarkan sayapnya ke seluruh dunia.

Sekiranya UNIVERSITI JUTAWAN MIRSB ini dapat bertapak dengan jayanya, maka tidak dapat dinafikan lagi tapak utama monsun biz akan berjaya mendapat tempat yang kukuh di mata dunia dengan pelaburan jutaan ringgit tersebut. Keuntungannya sudah pasti lebih menarik lagi. Bukan lagi status sebagai jutawan segera yang bakal anda perolehi.

Billionaire MIRSB. Foooh…. Memang sensasi billionaire MIRSB.

Sensasi MIRSB dengan Urusniaganya

Posted in sensasi MIRSB with tags , on June 1, 2008 by lemonzzz

Teluskah MIRSB dalam perjalanan perniagaannya itu? Sekiranya anda sudah membuat pembayaran secara total untuk menyertai pakej perniagaan dari monsun biz. Kenapa perlu ada lagi bayaran untuk menyertai bengkel tutorial dan juga teknikal yang mereka mahu adakan?

Apakah perlu lagi membuat bayaran susulan yang sepatutnya boleh diberikan secara percuma tanpa sebarang caj? Sepatutnya selepas anda sekalian yang membuat pendaftaran dan pembayaran cash RM50,000? Atau sebarang modal pelaburan yang telah lebur ke tangan mereka tersebut, anda sepatutnya mendapat kursus secara percuma. KENAPA perlu bayar lagi untuk datang kursus teknikal tersebut?

Apakah bayaran kursus teknikal itu untuk upah sewa tempat kursus teknikal SEMATA-MATA? Selebihnya duit modal tersebut lebur ke poket MIRSB?

Sensasi Matematik Mirsb-Monsun

Posted in sensasi matematik MIRSB with tags , on May 31, 2008 by lemonzzz

Buat sendiri kiraan kekayaan yang bakal anda perolehi dengan penyertaan anda dalam monsun biz. Kenapa anda perlu menyertai program monsun biz ini? Berapa banyak keuntungan dan berapa banyak modal yang perlu dileburkan?

sensasi MIRSB terus bermaharaja lela.

sensasi monsun yang masih popular

Jangan terbeliak bijik mata tetapi bukalah minda dan mata hati anda semua.

Degilkah? TV3 and Harian Metro BUTA KAYU!

Posted in sensasi duit segera with tags , , , , on May 31, 2008 by lemonzzz

Ini cerita yang cukup sensasi masa kini dengan pulangan yang berganda-ganda dan cukup lumayan untuk membuatkan seramai mungkin terbeliak bijik mata untuk sama-sama meleburkan duit mereka yang tidak punya apa-apa pengalaman dalam bidang pengetahuan internet dan susur galur perniagaan sekelip mata jutaan ringgit. Kenapa ia sangat sensasi dan kontroversi?

Mari kita menjelajah cerita sensasi tersebut dengan secara rasionalnya.

Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu – Mohdismail.net
Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) – SyamSuriyadi.com
BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com
Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com
Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net
monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com
Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com
Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun – U-monsun

Adakah ia scam pada pandangan mata umum – Earncent.com

REVISIT: monsun biz : monsun biz adalah scam – Mohdismail.net

Sembang monsun biz – jombincang

Buta Kayu kah mereka TV3 dan Harian Metro dengan TAWARAN JUTAAN RINGGIT itu? Iklan besar-besaran begitu menarik perhatian sesiapa sahaja yang mahukan duit sambilan dengan segera. Mereka akan mudah terpengaruh dengan TAWARAN YANG LUMAYAN lagi sensasi dari MIRSB yang semakin gagah melangkah seiring dengan kemajuan teknologi kononnya.

BUTA KAYUKAH MEREKA itu stesen tv TV3 dan Harian Metro ?

Hello world!

Posted in Uncategorized on May 31, 2008 by lemonzzz

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!